STR 2023Bantuan Kerajaan

STR Fasa 4 : Tarikh & Kadar Bayaran Akan Diterima Oleh Penerima Yang Layak

Kini kita berada di awal bulan Oktober. Pada bulan ini, antara bantuan yang bakal dilaksanakan adalah seperti, Bantuan E-Tunai berjumlah RM100 dan juga bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Anda sedia maklum mengenai satu bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana bantuan ini telah melalui 3 fasa bayaran. Seramai 8.7 penerima yang layak telah menerima bayaran tersebut.

Seperti yang dijadualkan, bantuan STR ini akan melalui 4 fasa bayaran. Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai tarikh dan jumlah bayaran STR Fasa 4.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan program bantuan tunai khas untuk rakyat yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tidak menentu.

Melalui pelaksanaan bantuan ini, seramai 8.7 juta penerima yang layak bakal menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM2500.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima setiap kategori :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button