Bantuan KerajaanSTR 2023

STR Fasa 4 : Bayaran RM300 & RM500 Akan Dikreditkan Untuk Kategori Ini

STR FASA 4 : Terdapat golongan kategori yang akan menerima bayaran sebanyak RM300 dan RM500 pada fasa terakhir nanti.

Sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah ini hanya berbaki 1 fasa bayaran sahaja lagi. Ini kerana, bayaran fasa 1 hingga ketiga telah selesai dilaksanakan sebelum ini.

Untuk kali ini, berikut dikongsikan kategori manakah yang layak terima bayaran tunai RM300 dan RM500 ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan program bantuan tunai khas kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tidak menentu.

Dianggarkan, seramai 8.7 juta penerima adalah berkelayakan untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023 ini.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Kerajaan telah memutuskan, bayaran bagi fasa ke-4 ini adalah :

  • NOVEMBER 2023

Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

KATEGORI PENERIMA RM300 & RM500

Pelaksanaan bayaran fasa ke-4 ini adalah bergantung kepada jenis kategori. Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran RM300 & RM500 :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan, iaitu seperti :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button