BINGKAS : Cara Tebus Kredit Percuma RM300 Untuk B40

BINGKAS : Khas untuk rakyat Malaysia yang menetap di negeri Selangor, satu bantuan yang boleh anda manfaatkan iaitu bantuan kredit percuma sebanyak RM300 yang boleh ditebus. Bantuan ini akan disalurkan setiap bulan sekirany berkelayakan.

BINGKAS : KREDIT RM300

Pada tahun ini, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan RM108 juta bagi memberi bantuan kredit percuma berjumlah RM300. Melalui pelaksanaannya, seramai 30,000 keluarga B40 akan mendapat manfaat secara bulanan.

MANFAAT BINGKAS

Rakyat Selangor yang berkelayakan, mereka akan mendapat :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah syarat kelayakan pihak kami kongsikan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

PENERIMA RM300

Bantuan ini hanya akan disalurkan melalui kredit e-wallet untuk memudahkan membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar tanpa menggunakan wang tunai.

CARA MOHON

Sila kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com/

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
  • Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Dokumen lain yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment