Bayaran STR Fasa 4 Akan Dikreditkan Secara Berperingkat November Nanti

STR Fasa 4 : Bayaran fasa terakhir ini akan mula dikreditkan pada bulan November nanti secara berperingkat. Setiap individu dan kategori yang layak, mereka akan terima bayaran bermula RM200 sehingga RM1200 nanti.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 ini merupakan bayaran fasa terakhir bagi tahun 2023. Seramai 8.7 juta penerima merangkumi daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat bantuan tunai ini pada November nanti.

Beberapa kategori yang akan menerima bayaran tunai ini seperti kategori isi rumah dan juga warga emas tiada pasangan (sebatang kara).

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Bayaran ini akan dibayara secara berperingkat kepada penerima yang layak bermula :

  • NOVEMBER 2023

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi lagi diumumkan dan bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Terdapat beberapa kategori kelayakan, antaranya :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN

Bagi anda yang tidak tahu berapakah jumlah bayaran, berikut kami kongsikan mengikut kategori :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment