E-Tunai RM100 : Kredit Percuma Untuk B40 & M40 Disalurkan Disember

E-Tunai RM100 : Kredit percuma ini akan disalurkan kepada golongan B40 dan M40 bermula Disember nanti. Perkara ini telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II baru-baru ini.
Merujuk kepada makluman mengenai bantuan e-tunai ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dimana, rakyat Malaysia yang berpendapatan setahun dibawah RM100,000 adalah layak bagi mendapat manfaatnya.
Table of Contents
E-TUNAI RM100
Rakyat Malaysia yang berada di kumpulan B40 dan M40 dan berumur 21 tahun keatas, mereka akan menerima bantuan tambahan RM100 ini bermula Disember nanti.
Anda sedia maklum bahawa, sebelum ini bantuan e-dompet berjumlah RM200 telahpun selesai dibayar kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
KADAR BAYARAN E-TUNAI 2023
Sekiranya individu tersebut layak, mereka akan terima bayaran sebanyak :
- RM100
TARIKH BAYARAN
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan II telah memaklumkan bahawa, bayaran ini akan mula disalurkan bermula :
- DISEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi.
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang mudah bagi penerima :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
CARA MOHON
Bagi cara memohon pula, anda hanya perlu memuat turun aplikasi seperti dibawah :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
