Terkini : Permohonan Bantuan Kewangan RM150 Untuk Belia Malaysia Bulan Oktober

Dalam membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah khususnya golongan yang terjejas, kerajaan sedia ada sentiasa akan menghulurkan bantuan agar golongan ini dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

Terkini, dalam membantu bagi memastikan golongan ini sentiasa mendapat perhatian, kerajaan bersetuju akan menyalurkan bantuan secara bulanan untuk belia Malaysia berumur antara 7 hingga 18 tahun.

Mereka yang berkelayakan akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM150 sebulan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK 2023)

Objektif utama bantuan ini dilaksanakan adalah :

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

BANTUAN RM150 SEBULAN

Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Kanak-Kanak yang akan diberikan :

  • Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
    • RM200 seorang anak  berumur 6 tahun & ke bawah
    • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
    • Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan bulanan JKM biasanya dikreditkan pada awal bulan, iaitu sebelum 10 haribulan setiap bulan. Ini bermakan, bayaran bagi Bantuan Kanak-Kanak pun turut telah dikreditkan.

SYARAT KELAYAKAN

Sebelum anda memohon, sila teliti terlebih dahulu syarat kelayakan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :

  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual
    • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
    • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon. 
    • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
    • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
    • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :

DOKUMEN PENTING YANG PERLU DI SEDIAKAN

Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

MAKLUMAT LANJUT

Leave a Comment