MyLesen : Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

Ketika ini, pelbagai jenis bantuan telahpun disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Ini menunjukkan kerajaan yang ada tidak pernah lupa akan tanggungjawab bagi memastikan rakyat hidup selesa.
Terkini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kepada rakyat Malaysia yang belum memiliki lesen memandu. Dimana, individu yang layak akan mendapat lesen memandu secara percuma tahun ini.
Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada syarat kelayakan anda. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian dibawah ini.
Table of Contents
BANTUAN LESEN MEMANDU
Bantuan lesen memandu percuma ini telahpun diumumkan ketika Datuk Seri Anwar berucap dalam pembentangan Belanjawan 2023. Kerajaan telah bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas dan e-hailing kepada belia B40.
Ianya bertujuan adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Tidak disenaraikan hitamkan di JPJ, PDRM dan Mahkamah
- Penerima bantuan kerajaan dari agensi (EKasih/ Zakat/ Baitulmal/ JAKOA/ JKM dan LHDN)
- Tanggungan kepada penerima bantuan boleh memohon
KATEGORI BANTUAN
Berikut adalah kategori dalam menerima bantuan lesen percuma tersebut :
- Ujian memandu motosikal B2
- E-Hailing
- Teksi
- Bas
CARA MOHON
Sekiranya anda mempunyai syarat kelayakan yang tersenarai seperti diatas, anda boleh untuk membuat permohonan bantuan lesen memandu B2 percuma ini.
Sebarang permohonan, boleh rujuk di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mylesen.html
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah :
