STR Fasa 4 : Kategori Ini Tidak Layak Terima Bayaran Terakhir – Semak Sekarang!

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan berbentuk wang tunai bagi membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan renda khususnya kepada golongan yang terjejas.

Sehingga kini, bayaran bantuan tunai tersebut telahpun melalui 3 fasa bayaran yang bermula Januari sehingga Julai lalu.

Seperti yang diumumkan, STR ini akan melalui 4 fasa bayaran. Bermakna berbaki 1 fasa bayaran lagi. Ingin diingatkan, fasa terakhir ini terdapat kategori yang tidak akan terima sebarang bayaran. Nak tahu kategori tersebut? Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan berbentuk wang tunai dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan seperti ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

KATEGORI TIDAK LAYAK

Untuk makluman semua, terdapat beberapa kategori yang tidak layak terima sebarang bayaran STR fasa terakhir (Fasa 4) ini, iaitu :

1. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –

2. Bujang (21 – 59 tahun) : –

3. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Leave a Comment