Bantuan Tunai Tambahan RM500 Akan Dibayar Kepada Kategori Ini Bulan September

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berasa bangga dan bersyukur kerana kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menjaga keharmonian bagi kita meneruskan hidup dengan lebih sempurna.

Di tahun 2023 ini, kerajaan telah meneruskan lagi dalam memberi bantuan tunai untuk golongan yang terjejas khususnya Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Untuk makluman, Warga Emas yang berkelayakan mereka akan menerima bantuan tunai berjumlah RM500 sebulan. Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut.

BANTUAN WARGA EMAS

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Kewangan menyatakan, kadar bantuan untuk Golongan Warga Emas ini akan di naikkan kepada RM500 seorang.

Untuk pengetahuan, sebelum beliau mengumumkan mengenai kadar kenaikan tersebut, bantuan untuk golongan ini hanya RM350 sahaja. Ini bemakna, tambahan sebanyak RM150 telah diberikan.

Nota : Syarat utama untuk menerima bantuan ini, warga emas tersebut haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KADAR BANTUAN

Sebelum ini, jumlah bayaran yang diterima oleh golongan ini hanyalah sebanyak RM350 sahaja. Namun, ianya telah dinaikkan kepada :

  • RM 500 sebulan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500

Beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mesti dipenuhi oleh golongan warga emas sekiranya ingin memohon bantuan ini, antaranya :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga Emas yang Bukan tinggal di Institusi Kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah cara dan langkah untuk membuat sebarang permohonan bagi bantuan ini. Sila ikuti langkah-langkah dibawah ini :

  • Sila ke portal rasmi : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Klik butang “daftar permohonan”
  • Sila masukkan Negeri, tempat tinggal dan nombor MyKad
  • Klik “Daftar”
  • Dalam masa 14 hari, anda haruslah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat permohonan, antaranya :

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Untuk sebarang permohonan, anda boleh muat turun borang di pautan di bawah ini :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai maklumat lanjut bagi bantuan ini, anda boleh melayari web rasmi iaitu https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php.

Leave a Comment