STR Fasa 4 : Kategori Ini Tidak Akan Terima Bayaran Ke-Empat

Dari pelaksanaan 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula Januari, April dan Jun lalu, seramai 8.7 juta penerima telah menerima bayaran bermula dari RM100 sehingga RM800.

Seperti yang anda tahu, bayaran STR ini akan melalui 4 fasa bayaran dimana bayaran fasa terakhir adalah bulan November nanti.

Pada bayaran fasa 4 nanti, bukan semua kategori akan terima bayaran. Terdapat beberapa kategori yang tidak akan menerima sebarang bayaran nanti. Berikut dikongsikan kategori tersebut. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN

Berikut adalah kategori yang tidak akan terima sebarang bayaran STR fasa4 nanti :

1. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

2. Bujang (21 – 59 tahun) : –

3. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

1 thought on “STR Fasa 4 : Kategori Ini Tidak Akan Terima Bayaran Ke-Empat”

Leave a Comment