Bantuan Kewangan RM300 Telah Dikreditkan Kepada Individu Yang Layak

Alhamdulillah, rezeki untuk seluruh penjawat awam kerajaan dan pesara kerajaan yang berkelayakan dimana golongan ini akan menerima bantuan kewangan.

Baru-baru ini ketika berlangsungnya Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, Perdana Menteri telah umumkan beberapa jenis insentif tambahan yang akan disalurkan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Berikut adalah salah satu bantuan yang akan diberikan dan senarai penerima yang layak.

BANTUAN RM300 & RM200

Bantuan ini disalurkan bertujuan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat apabila selesai diperincikan.

Dengan pemberian insentif ini, Datuk Seri Anwar berharap semua penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI.

KADAR BAYARAN

Berikut adalah kategori penerima yang layak berserta kadar bayarannya :

  • Penjawat Awam (G56 Kebawah) : RM300
  • Pesara Kerajaan : RM200

Untuk makluman, bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.

TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah diumumkan, bantuan tunai ini telahpun mula disalurkan bermula :

  • 10 OGOS 2023

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kategori penerima bantuan RM300 dan RM200 :

  • RM300 : Penjawat Awam Gred 56 kebawah
  • RM200 : Pesar Kerajaan, pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan, veteran berpencen / tidak berpencen

Leave a Comment