E-Dompet 2023 : Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Kredit Percuma RM200

Mac lalu, Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Untuk makluman khususnya belia Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, bantuan bernilai RM200 telah mula disalurkan pada 26 Jun lalu.

Walaubagaimanapun, bantuan ini hanya diberikan kepada individu yang layak. Berikut kami kongsikan syarat kelayakan bagi bantuan ini.

E-Dompet 2023

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN

Petang kelmarin, Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat kenyataan rasminya, Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 pada :

  • 26 Jun hingga 22 Ogos 2023
  • 8.00 Pagi

INFO : Tempoh penebusan kredit e-Dompet 2023 ini boleh dilakukan sehingg 31 Ogos 2023.

SYARAT KELAYAKAN

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan ini akan diperluas kepada :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia

CARA TEBUS

Untuk menuntut kredit bantuan ini, anda perlu memuat turun salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut:

  • BigPay
  • ShopeePay
  • Boost
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda.

Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:

  • Buka aplikasi e-Wallet
  • Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Klik butang “Tebus/ Claim”
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah :

Leave a Comment