STR FASA 4 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran Keempat Berjumlah RM1,200

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 dan 2 telah disalurkan Januari dan April lalu. Dan kini, bayaran fasa ketiga masih lagi dalam tempoh pengkreditan.

Dari pelaksanaan 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut, seramai 8.7 juta penerima telah menerima bayaran bermula dari RM100 sehingga RM800.

Bayaran bagi fasa keempat pula akan dilaksanakan bulan November nanti. Terdapat 1 kategori yang akan terima bayaran berjumlah RM1200. Ikuti perkongsian dibawah untuk info lanjut.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat.

KATEGORI TERIMA RM1,200

Berikut adalah kategori yang akan terima maksimum RM1200 :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Leave a Comment