Rasmi : Pengeluaran Penuh KWSP Kini Dibenarkan Melalui Akaun 1 & 2

Jika dilihat melalui perkongsian media sosial seperti di Facebook, rata-rata ahli KWSP masih mengharapkan agar pihak kerajaan dapat membenarkan pengeluaran khas sekali lagi.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah membenarkan beberapa jenis pengeluaran khas KWSP seperti, i-Lestari, i-Citra dan juga i-Sinar. Namun, pengeluaran sebelum ini mungkin belum cukup bagi menampung kos kehidupan yang meningkat ketika ini.

Namun, sekiranya anda pencarum yang berumur 55 -60 tahun, anda adalah layak untuk membuat pengeluaran penuh melalui Akaun 1 anda. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

PENGELUARAN PENUH KWSP

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

SENARAI PENGELUARAN PENUH KWSP

Berikut adalah Pengeluaran Penuh KWSP yang dibenarkan :

1. Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun

  • Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
  • Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

2. Pekerja Berpencen & Persaraan Pilihan

  • Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
  • Mulai 1 Januari 2018, selepas Penjawat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).

3. Hilang Upaya

  • Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka turut layak mendapat RM 5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

4. Kematian

  • Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
  • Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Sumber : https://www.kwsp.gov.my/

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan asas bagi pengeluaran Penuh KWSP :

  • Warganegara Malaysia
  • Pencarum KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Leave a Comment