STR TAMBAHAN : Kategori Ini Akan Terima Bayaran Tambahan Sebanyak RM600
Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dilaksanakan bermula 17 Januari lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.
Jumaat lalu, pembentangan Belanjawan 2023 telah berlangsung dimana pelbagai inisiatif telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Didalam ucapannya, beliau telah mengumumkan bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Tunah Rahmah (STR) tahun ini.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (BTR)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.
STR TAMBAHAN RM600
Walaubagaimanpun, bantuan tambahan ini bukanlah dalam bentuk bantuan tunai, akan tetapi ianya adalah sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan.
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Akan diberikan kepada setiap isi rumah STR termiskin yang berdaftar mengikut data e-kasih.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.