E-Tunai Rahmah : Syarat Kelayakan Bantuan E-Tunai RM200 Untuk Rakyat Malaysia
Melalui pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lalu, pelbagai inisiatif seperti bantuan tunai telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.
Salah satu bantuan tunai yang terkandung dalam pembentangan tersebut adalah, Kerajaan bersetuju akan memberikan bantuan secara tunai berjumlah RM200 menerusi program e-Tunai Belia Rahmah.
Kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenai syarat kelayakan bagi bantuan ini.
Table of Contents
E-Tunai Belia Rahmah
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.
Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.
Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).
JUMLAH BAYARAN
Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :
- RM200
SYARAT KELAYAKAN
- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
- Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
- Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).