Terkini : Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Rakyat Malaysia
Jumaat lalu, Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.
Melalui pembentangan tersebut, pelbagai inisiatif bantuan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.
Salah satu bantuan yang terkandung dalam pembentangan tersebut adalah, Kerajaan telah bersetuju akan memberikan bantuan lesen memandu secara percuma kepada golongan yang berkelayakan.
Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.
Table of Contents
BANTUAN LESEN MEMANDU
Melalui pembentangan Belanjawan 2023 tersebut, Datuk Seri Anwar memberitahu bahawa Kerajaan telah bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas dan e-hailing kepada belia B40.
Ianya bertujuan adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.
KATEGORI BANTUAN
Berikut adalah kategori dalam menerima bantuan lesen percuma tersebut :
- Ujian memandu motosikal B2
- E-Hailing
- Teksi
- Bas
TARIKH & CARA MOHON
Pihak kami akan maklumkan kepada anda sekiranya terdapat makluman rasmi mengenainya dari semasa ke semasa.