Terkini : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) RM100 – RM300 Diberikan Awal Januari 2023 Nanti

Sebentar tadi telah berlangsungnya persidangan di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam ucapannya, Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) akan diteruskan pada tahun hadapan.

Untuk makluman anda, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan yang sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN TUNAI RAKYAT (2023)

Kerajaan bersetuju akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 akan disalur poda bulan Januari nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

JUMLAH BAYARAN BTR FASA 1

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100

PERMOHONAN DAN KEMASKINI

Seperti kebiasaannya, permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan. 

Setakat ini, tiada pautan rasmi lagi diberikan bagi memudahkan penerima untuk melakukan permohonan dan kemaskini secara atas talian.

Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada info mengenainya.

2 thoughts on “Terkini : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) RM100 – RM300 Diberikan Awal Januari 2023 Nanti”

Leave a Comment