JKM 2023 : Cara Mohon Bantuan Anak Pelihara (BAP) Sebanyak RM250 – RM500 Sebulan – Semak Sekarang!
Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu kementerian kerajaan Malaysia yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyantuni dan menjaga dalam menjamin kesejahteraan buat masyarakat Malaysia yang terjejas khususnya.
Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda mengenai satu bantuan yang disediakan oleh pihak JKM iaitu Bantuan Anak Pelihara (BAP) di mana, setiap permohonan yang layak akan menerima bantuan kewangan bulanan maksimum RM500.
Untuk itu, ikuti perkongsian dibawah mengenai maklumat terperinci bantuan ini.
Table of Contents
BANTUAN ANAK PELIHARA
Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan satu bantuan bertujuan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / piatu, tidak mempunyai saudara mara agar terus tinggal di dalam masyarakat yang harmoni.
KADAR BANTUAN
Pemohon yang berkelayakan akan menerima bantuan secara tunai pada kadar berikut :
- RM250 sebulan – seorang
- Maksimum RM500 sebulan – 2 orang atau lebih
SYARAT KELAYAKAN
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
CARA MOHON
Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini :
- Setiap pengendalian permohonan bantuan kewangan ini hendaklah dibuat melalui peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Nota : Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan permohonan, setiap pemohon hendaklah menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi memudahkan urusan pentadbiran iaitu :
- Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri / Ibu / Bapa / Anak Yang Tinggal Bersama.
- Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / Ahli keluarga yang tinggal bersama / salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- dan lain-lain dokumen yang berkaitan
Sebarang permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Sila klik pautan dibawah untuk muat turun borang permohonan anda :
JKM 18 : Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 : Borang Kaji Semula Bantuan
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk kepada :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA