Rasmi : Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Setiap Murid Bulan Januari 2023 Nanti

Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anak anda yang akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan.

Kelmarin, Dewan Rakyat telah bersetuju telah meluluskan Bajet Mini 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan pembentangan ini, sudah tentu pelbagai inisiatif telah diumumkan.

Antara inisiatif yang telah diumumkan adalah, pada Januari 2023 nanti murid-murid yang masih bersekolah akan menerima bantuan tunai sebanyak RM150 menerusi program Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023 (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah bantuan secara tunai bagi membantu ketua isi keluarga dalam membeli kelengkapan dan keperluan anak mereka memulakan persekolahan pada tahun hadapan.

Berbeza dengan tahun sebelum nya, pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun hadapan akan diberikan kepada pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Info : Untuk makluman, bantuan ini bukan baru pertama kali dilaksanakan, ianya juga telah bermula pada kerajaan terdahulu lagi.

TARIKH BAYARAN BAP 2023

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan ini, bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 (BAP) akan diberikan pada :

  • JANUARI 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik bilakah ianya akan mula disalurkan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat info mengenainya.

JUMLAH BAYARAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu didalam ucapannya ketika membentangkan Bajet Mini 2023, setiap murid akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM150 seorang

SYARAT KELAYAKAN

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, setiap murid akan menerima bayaran RM150 tersebut tanpa mengira had pendapatan ibu bapa mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk melalui web rasmi BAJET MINI 2023

Leave a Comment