Terkini : Bantuan Kewangan BMT RM800 Akan Diberikan Kepada Kategori Ini – Semak Sekarang!

Adakah anda tahu bahawa terdapat juga bantuan yang akan dipercepatkan bahkan kadar bayaran nya pun turut dinaikkan tahun ini.

Kerajaan telah bersetuju akan mempercepat dan menaikkan kadar bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh sehingga RM800 untuk mereka yang layak.

Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Setakat hari ini, seramai 16,889 orang penerima telah dikreditkan bayaran BMT bagi fasa pertama sebanyak RM300 setiap orang.

Bayaran BMT terpaksa diawalkan sebagai persediaan bakal penerima yang terlibat bagi menghadapi Monsun Timur Laut pertengan November ini.

JUMLAH BANTUAN 

Sebelum ini, bayaran RM600 akan diberikan. Namun, bayaran ki ni dinaikkan dimana setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM800. 

Walaubagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui empat peringkat iaitu :

  • RM200 Sebulan untuk tempoh 4 bulan

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

1)    Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
2)    Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :
  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.

Leave a Comment