Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Akan Dibayar Pada 17 Januari Depan – Semak Sekarang!

Pihak kerajaan telah menetapkan tarikh bayaran bagi Bantuan Kewangan Khas kepada setiap penjawat awam dan pesara kerajaan.

Bantuan khas kewangan sebanyak RM350 dan RM700 adalah merupakan pemberian pihak kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan pada tahun 2023. 

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Ketika ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memaklumkan bawah Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2023 akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 kebawah dan seluruh pesara kerajaan.

Menurut Datuk Seri Anwar, kerajaan perpaduan yang kini menerajui kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan ini sebagai penghargaan dan berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bagi anggota awam dalam menjalankan tugas perkhidmatan kepada rakyat.

KADAR BAYARAN

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh penjawat awam dan pesara kerajaan :
  • Penjawat Awam Gred 56 ke bawah : RM700
  • Pesara Kerajaan dan Vateran : RM350

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Untuk makluman, kerajaan telah bersetuju akan mula menyalurkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) ini akan bermula :
  • 17 JANUARI 2023

Leave a Comment