Bantuan Khas Kewangan RM350 & RM700 Untuk Rakyat Malaysia Yang Layak

Istimewa untuk seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan dan veteran Malaysia.  

Bantuan khas kewangan sebanyak RM350 dan RM700 adalah merupakan pemberian pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023. 

Menerusi pengumuman Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Ketika ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memaklumkan bawah Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2023 akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 kebawah dan seluruh pesara kerajaan.

Menurut Datuk Seri Anwar, kerajaan perpaduan yang kini menerajui kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan ini sebagai penghargaan dan berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bagi anggota awam dalam menjalankan tugas perkhidmatan kepada rakyat.

KADAR BAYARAN

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh penjawat awam dan pesara kerajaan :
  • Penjawat Awam Gred 56 ke bawah : RM700
  • Pesara Kerajaan dan Vateran : RM350

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Untuk makluman, Bantuan Kewangan Khas (BKK) ini akan berkuatkuasa bermula :
  • 1 JANUARI 2023

Leave a Comment