BTR 2023 : Jumlah & Tarikh Bayaran Fasa Pertama Bantuan Tunai Rakyat – Semak Sekarang!
Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam ucapannya, Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) akan diteruskan pada tahun hadapan.
Untuk makluman anda, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan yang sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
BANTUAN TUNAI RAKYAT (2023)
Kerajaan bersetuju akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 akan disalur poda bulan Januari nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
TARIKH BAYARAN BTR FASA 1
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pagi kelmarin, bayaran fasa pertama akan mula diberikan pada :
- JANUARI 2023
KADAR BAYARAN BTR FASA 1
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100
JUMLAH BAYARAN BTR 2023
Andai kata jumlah bayaran BKM tersebut diteruskan, berikut adalah jumlah bayaran BTR 2023 :
1) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 :
- 1-4 orang anak – RM1,000 – RM2,000
- Lebih 5 orang anak – RM3,000
2) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (1-4 anak)
- RM1,000 – RM2,000
3) Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak)
- 1 – 4 orang anak – RM500 – RM1,250
BKM Tambahan
- RM600 / RM350 (Bergantung pendapatan)
PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Seperti kebiasaannya, permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan.
Setakat ini, tiada pautan rasmi lagi diberikan bagi memudahkan penerima untuk melakukan permohonan dan kemaskini secara atas talian.
Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada info mengenainya.