Bantuan Kerajaan
Terkini : Bantuan Kewangan Berjumlah RM700 Akan Diberikan Awal Januari 2023 Nanti
Baru-baru ini ketika berlangsungnya Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Putrajaya, pelbagai inisiatif telah diumumkan.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didalam ucapannya, pada tahun 2023 nanti, Penjawat Awam di negara ini khususnya akan menerima pelbagai inisiatif.
Apa yang menjadi tumpuan adalah Penjawat Awam akan menerima Bantuan Kewangan Khas sebanyak RM700.
Table of Contents
BANTUAN KHAS KEWANGAN RM700
Ketika ucapan Perdana Menteri, beliau memaklumkan bawah Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2022 akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 kebawah iaitu berjumlah :
- RM 700
Selain itu, beliau juga mengumumkan dimana, pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen pun turut akan menerima bantuan ini sebanyak :
- RM 350
TARIKH BANTUAN DISALURKAN
Untuk makluman, Bantuan Kewangan Khas (BKK) ini akan disalurkan pada :
- JANUARI 2023
SENARAI INISIATIF BARU UNTUK PENJAWAT AWAM
Beberapa inisiatif baru yang telah diumumkan khas untuk penjawat awam iaitu :
- Kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat boleh dikumpul kepada penjawat awam bagi tujuan ‘award’ wang tunai dari 160 hari ke 180 hari.
- Ahli keluarga CTR (kematian) diperluaskan kepada adik beradik nenek dan datuk.
- Tambahbaik pada pegawai capai gaji maksimum, 3% ikut gred masing-masing.
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan RM100 kepada semua gred 11 hingga 56 mula dibayar pada Januari 2023.