Bantuan KerajaanBKM

Tarikh Bayaran & Kategori Yang Layak Terima Bayaran BKM Tambahan RM300 & RM500

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40). Ianya adalah bertujuan membantu bagi meringankan kos sara hidup khususnya rakyat Malaysia yang terjejas.

Sedia maklum, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan melalui 4 fasa bayaran, dan terbaru BKM Fasa 3 telah disalurkan bermula hari kelmarin. 

Selain itu, kerajaan juga menyediakan bayaran BKM Tambahan kepada beberapa kategori yang layak. Penerima yang layak akan mendapat bayaran berjumlah RM300 sehingga RM500.

Siapa yang akan terima BKM Tambahan ini dan bilakah ianya akan disalurkan? Ikuti perkongsian dibawah ini.

JUMLAH TAMBAHAN BKM

Berikut adalah jumlah tambahan yang akan diberikan kepada penerima isi rumah yang layak :

  • RM500 – Kategori isi rumah (Ibu Bapa Tunggal) yang mempunyai anak menepati syarat
  • RM300 – Kategori isi rumah (Warga Emas) yang mempunyai anak menepati syarat
Semak jadual dibawah untuk lebih lanjut :

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Semakan kelayakan anda boleh dilakukan dengan cara berikut :

  • Pergi ke https://bkm.hasil.gov.my/
  • Masukkan ID & Klik Semak
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan
  • Status permohonan akan dipaparkan

Sekiranya anda layak untuk terima bayaran BKM Tambahan, laman semakan bagi BKM Tambahan akan dipaparkan seperti berikut :

Sekiranya maklumat mengenai BKM Tambahan tidak dipaparkan, ini bermakna anda tidak layak untuk terima BKM Tambahan tersebut.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Berikut adalah tarikh bayaran BKM Tambahan :
  • Fasa 1 : Mac 2022
  • Fasa 2 : Jun 2022
  • Fasa 3 : Mulai 20 September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button