Bantuan KerajaanJKM

Mohon Bantuan Anak Pelihara Maksimum RM500

Bantuan anak pelihara JKM


Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu kementerian kerajaan Malaysia
yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyantuni dan menjaga dalam
menjamin kesejahteraan buat masyarakat Malaysia yang terjejas khususnya.

Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda mengenai satu bantuan yang disediakan oleh pihak JKM iaitu Bantuan Anak Pelihara (BAP) di mana, setiap permohonan yang layak akan menerima bantuan kewangan bulanan maksimum RM500.

Untuk
itu, ikuti perkongsian dibawah mengenai maklumat terperinci bantuan ini.

BANTUAN ANAK PELIHARA

Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan satu
bantuan bertujuan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim /
piatu, tidak mempunyai saudara mara agar terus tinggal di dalam masyarakat yang
harmoni.

KADAR BANTUAN

Pemohon yang berkelayakan akan menerima bantuan
secara tunai pada kadar berikut :

  1. RM250
    sebulan – seorang
  2. Maksimum
    RM500 sebulan – 2 orang atau lebih

    KRITERIA KELAYAKAN

    Bagi kriteria kelayakan untuk setiap permohonan
    pula, keluarga / penjaga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak tersebut
    hendaklah :
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18
      tahun;
    2. Kanak-kanak yang tidak
      mempunyai ibu bapa;
    3. Kanak-kanak bukan diambil
      sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran
      Pengangkatan 1952; atau
    4. Kanak-kanak tinggal bersama
      dengan keluarga pelihara melalui:-
      • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang
        dikendalikan oleh JKM; atau
      • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi
        Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

    CARA PERMOHONAN

    Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk membuat
    permohonan bagi Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini :

    1. Setiap
      pengendalian permohonan bantuan kewangan ini hendaklah dibuat melalui peringkat
      Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    2. Setiap
      permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi
      mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

    Nota : Urusan ini bersesuaian dengan
    prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

    Untuk
    memudahkan urusan permohonan, setiap pemohon hendaklah menyediakan beberapa
    dokumen sokongan bagi memudahkan urusan pentadbiran iaitu :

    1. Salinan Kad
      Pengenalan Suami / Isteri / Ibu / Bapa / Anak Yang Tinggal Bersama.
    2. Salinan
      Sijil Kelahiran anak-anak / Ahli keluarga yang tinggal bersama / salinan sijil
      kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
    3. Salinan
      penyata gaji (jika ada)
    4. dan
      lain-lain dokumen yang berkaitan

    Sebarang permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Sila klik
    pautan dibawah untuk muat turun borang permohonan anda :

    JKM
    18 : Borang Permohonan Bantuan

    JKM
    20 : Borang Kaji Semula Bantuan

    SOALAN LAZIM

    1.    Berapakah kadar bayaran
    Bantuan Anak Pelihara (BAP)?

    Jawapan :
    Kadar bayaran bagi bantuan ini adalah RM250 maksimum RM500 sebulan

    2.  
     Berapakah umur kelayakan untuk memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP)?

    Jawapan :
    Kanak-kanak yang berumur 18 tahun kebawah

    3. 
      Bagaimana cara untuk memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP)?

    Jawapan :
    Sebarang permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat yang
    berhampiran kawasan anda.

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda
    boleh rujuk kepada :

    Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
    Telefon : 03 – 8000 8000
    Faks : 03 – 8323 2045

    Emel : Maklum
    Balas (ISPAAA)
     

    Rujukan Online

    Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

    Related Articles

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Back to top button