Geran Pelancaran JKM : Bantuan Untuk Peniaga Maksimum RM2700
Seperti yang kita tahu, pelbagai bantuan kewangan telah disediakan oleh
JKM ini dalam membantu golongan rentan dan terjejas seperti B40 contohnya
seperti, untuk warga emas, bantuan untuk seisi keluarga, bantuan untuk kanak-kanak, bantuan untuk OKU dan untuk peniaga melalui program Geran Pelancaran JKM dan banyak
lagi.
Namun, adakah anda tahu bahawa bantuan yang disediakan JKM ini tidak
hanya tertumpu kepada jenis bantuan yang disebutkan di atas, akan tetapi ianya
juga tertumpu bagi membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2700 secara one-off.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut mengenainya.
Table of Contents
BANTUAN
GERAN PELANCARAN JKM
Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah satu inisiatif kerajaan yang
diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu kumpulan sasar
bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai
(one-off).
OBJEKTIF
UTAMA
Objektif utama dalam pelaksanaan Bantuan Geran Pelancaran JKM ini
adalah :
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat,
kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga. - Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien
mencapai matlamat ke arah berdikari.
KADAR
BANTUAN
Sekiranya individu yang berkelayakan bagi menerima bantuan ini, mereka
akan mendapat bayaran bantuan sebanyak :
- Maksimum RM2700 (one-off)
SYARAT
KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM
bagi menerima bantuan ini :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin
Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU - Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
KPKM.
Syarat
Khusus
- Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
- Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan
bulanan terlebih dahulu. - Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran
Pelancaran JKM boleh dikemukakan.