Cara Claim Kredit Shopee Berjumlah RM400
Sustainabilty Archieved Via
Energy Efficiency ataupun lebih dikenali sebagai SAVE sebelum ini adalah
e-rebate atau baucar yang telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga &
Sumber Asli (KeTSA).
Sebelum ini menerusi SAVE 2.0,
peruntukan sebanyak RM30 juta telah dibelanjakan bagi memanfaatkan 140 ribu isi
rumah dimana mereka yang berkelayakan telah menerima e-rebate sehingga RM200
bagi setiap isi rumah.
Namun kali ini, bantuan e-rebate
ini telah ditambah baik kadarnya dimana isi rumah yang berkelayakan akan
menerima sebanyak RM400 melalui pelaksanaan SAVE 3.0.
Untuk info lanjut, ikuti
perkongsian dibawah.
Table of Contents
SAVE 3.0
SAVE 3.0 merupakan satu program
e-rebat atau baucar sebanyak RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap
tenaga. Ianya bertujuan bagi menggalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan
produk yang menjimatkan tenaga dan sekaligus dapat menyumbang kepada penjimatan
bil elektik.
Dengan SAVE 3.0 ini, anda akan
menerima insentif sehingga RM400 dengan pembelian barangan elektrik cekap
tenaga belabel 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
