BINGKAS SELANGOR : RM300 Sebulan Untuk Rakyat Selangor

Bingkas 2022

Dalam kita menghadapi kemelut Covid-19 kini, ramai yang terkesan walaupun kini kita dalam tempoh pemulihan. Bukan itu
sahaja, bencana seperti banjir juga telah melanda beberapa negeri khususnya negeri Selangor baru-baru ini. 

Namun, kerajaan yang sentiasa memainkan peranan bagi memberi
perlindungan dan menjaga komuniti setempat khususnya buat mereka yang terjejas,
pelbagai bantuan telan dan bakal dihulurkan.

November lalu, telah berlangsung sesi pembahasan Belanjawan 2022 bagi
negeri Selangor.

Pelbagai inisiatif yang akan diberikan kepada rakyat Selangor khususnya
mereka yang berpendapatan rendah. Peruntukan sebanyak RM108 juta telah
disediakan bagi memanfaatkan lebih kurang 30,000 keluarga termasuk ibu
tunggal yang terjejas dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan maklumat ringkas mengenainya.
Ikuti perkongsian dibawah.

BINGKAS
SELANGOR

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan salah satu
inisiatif Kerajaan negeri Selangor untuk membantu meringankan beban
keluarga-keluarga yang terjejas dalam menghadapi cabaran pancapandemik.

Melalui pembentangan belanjawan tersebut, ibu tunggal di
negeri tersebut tidak terkecuali bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan di
mana, mereka yang berkelayakan akan menerima instentif bulanan sebanyak RM300.

KADAR
BAYARAN

Melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini, setiap
keluarga yang berkelayakan akan menerima insentif bulanan sebanyak :

  • RM300 /
    sebulan (termasuk ibu tunggal)

Ini bermakna, setiap keluarga/ibu tunggal bakal menerima jumlah
keseluruhan berjumlah RM3,600 setahun.

SYARAT
KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi menerima bantuan BINGKAS ini :

  • Berdaftar sebagai penerima BSH/BPR dibawah kategori berpendapatan
    RM2,000 kebawah atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar melalui pangkalan
    data e-kasih.
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap lebih 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu unggal) yang mempunyai
    anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang
    masih berpengajian tinggi.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM2,000

CARA
PERMOHONAN BINGKAS

Buat ketika ini, makluman mengenai PERMOHONAN BINGKAS ini belum lagi
dimaklumkan secara rasmi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info
mengenainya.

BANTUAN
LAIN BELANJAWAN SELANGOR 2022

Ketika pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2022, ketua Menteri
Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari,
jumlah keseluruhan belanjawan 2022 bagi negeri itu adalah sebanyak RM2.34
bilion. 

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 bilion atau 52
peratus diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM1.1 bilion atau 48
peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan. 

Daripada peruntukan tersebut, beberapa inisiatif /
bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Selangor pada tahun hadapan antaranya
adalah :

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    • RM300 sebulan / RM3,600 setahun
  2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • RM100 baucar beli-belah pada bulan
      kelahiran
    • RM500 khairat kematian
  3. Iltizam Anak Selangor
    • RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME
      bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
  4. Bantuan Anak Yatim COVID-19
    • RM500 setiap anak
  5. Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
    • Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan
      kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai
      peringkat kepimpinan dan lapangan.

Pihak kami akan kongsikan maklumat lanjut
mengenai bantuan lain yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Selangor
2022 di artikel berikutnya.


SUMBER : MyportalKini

Leave a Comment