GKP 4.0 : Bantuan Tambahan Sebanyak RM1,000 Bermula September

Dalam membantu khususnya para peniaga PKS Mikro yang terjejas pendapatan mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, Kerajaan sedia ada terus komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas melalui pelaksanaan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP).

Untuk makluman, Geran Khas Prihatin (GKP) ini telah melalui beberapa fasa bayaran sebelum ini iaitu, GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0, GKP Tambahan (PERMAI), GKP Pemerkasa Plus, dan yang terkini adalah Geran Khas Prihatin 4.0 (PEMULIH).

Ikuti perkongsian dibawah mengenai GKP 4.0

GERAN KHAS PRIHATIN 4.0

Dalam pelaksanaan Geran Khas Prihatin (GKP) ini, secara keseluruhan ianya telah memperuntukkan sejumlah RM5.1 bilion. 

Melalui Geran Khas Prihatin 4.0 yang bakal dilaksanakan ini, sebanyak 1 juta usahawan PKS Mikro akan menerima bayaran tambahan secara tunai yang bermula pada September nanti.

KADAR BAYARAN GKP 4.0

PKS Mikro yang berkelayakan dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima bayaran tambahan secara automatik pada kadar :

  • RM1,000

TARIKH BAYARAN

Bayaran GKP 4.0 ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima dan akan melalui 2 fasa iaitu pada :

  • Fasa 1 : RM500
    – September 2021
  • Fasa 2 : RM500
    – November 2021

PENDAFTARAN GKP 4.0

Untuk makluman, pendaftaran GKP 4.0 ini hanya terbuka kepada usahawan PKS Mikro yang belum pernah membuat sebarang permohonan GKP sebelum ini. Peniaga yang layak dan telah menerima bayaran GKP sebelum ini, anda tidak perlu lagi membuat pendaftaran, kerana bayaran GKP 4.0 ini akan di kreditkan secara automatik.

Nota : Tarikh permohonan pendaftaran GKP 4.0 ini telahpun di tutup (15 Julai – 31 Julai 2021)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi : 
Hasil Care
Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Comment