BPR Fasa 2 : Semakan Status Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Kita sedia maklum, peruntukan sebanyak RM2.75 bilion telah disediakan dalam pelaksanaan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Fasa 2 telah mula diagihkan pada Mei lalu dan diagihkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Walaubagaimanapun, Kerajaan sedar bahawa mungkin ada dikalangan anda mungkin tercicir ataupun hasil daripada semakan BPR Fasa 2 berstatus gagal. Untuk pengetahuan anda, pada Jun lalu rayuan BPR fasa 2 telah dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Persoalannya, bagi anda yang berstatus gagal BPR fasa 2, adakah anda telah membuat rayuan? Sekiranya telah membuat rayuan, anda kini boleh membuat semakan secara online untuk mengetahui status permohonan rayuan anda. Dan kepada anda yang tidak pernah membuat rayuan, anggap saja kali ini bukan rezeki anda untuk menerima BPR fasa 2.
Ikuti perkongsian dibawah mengenai bagaimana cara untuk membuat semakan bagi rayuan BPR Fasa 2.
Table of Contents
SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR FASA 2
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan bagi mengetahui status permohonan rayuan BPR fasa 2 anda :
- Sila ke portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
- Pergi ke ‘Log Masuk‘
- Sila masukkan ‘No Kad Pengenalan‘
- Klik ‘Semak‘
- Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
- Klik ‘YA‘
- Anda dikehendaki menjawab semua SOALAN KESELEMATAN
- Klik ‘Teruskan‘
- Selepas berjaya masuk, sila klik ‘Semakan Status‘
- Status kelulusan anda dan bayaran akan dipaparkan
BEBERAPA SEBAB PERMOHONAN BPR ANDA GAGAL
Menurut LHDN, kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021. Berikut adalah antara alasan kenapa anda tidak layak :
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon ada berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon /pasangan merupakan penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ada pertanyaan dan ingin penjelasan yang jelas, anda boleh berhubung terus melalui talian berikut :
- 1800-88-2747
- Waktu operasi LHDN adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja