Bantuan Kerajaan

PEMULIH : Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – B40

Dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini, sudah tentu ianya akan menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia khususnya mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan pendapatan harian.

Maka oleh itu, atas dasar prihatin Kerajaan ketika ini, satu lagi bantuan akan dilaksanakan pada bulan ini iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) setelah perkara ini telah diumumkan pada Jun lalu Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pakej bantuan PEMULIH.

Ikuti perkongsian dibawah mengenai Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

BANTUAN KHAS COVID-19

Tujuan utama bagi pakej bantuan ini adalah untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat menghadapi kehidupan seharian dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.

KADAR BANTUAN KHAS COVID-19

Dalam ucapan PM semalam, bagi memastikan rakyat mendapat bantuan menyeluruh sehingga akhir tahun 2021, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan segera dilaksanakan dan pada kadar mengikut kategori masing-masing iaitu :

Isi Rumah (Miskin Tegar) – RM1300
  • RM500 (Ogos)
  • RM500 (November)
  • RM300 (Disember)
Bujang (Miskin Tegar) – RM500
  • RM200 (Ogos)
  • RM300 (November)
Isi Rumah (B40) – RM800
  • RM500 (Ogos)
  • RM300 (Disember)
Bujang (B40) – RM200
  • RM200 (Ogos)
Isi Rumah (M40) – RM250
  • RM250 (Ogos)
Bujang (M40) – RM100
  • RM100 (Ogos)

Secara keseluruhan, pemberian khas Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini dijangkakan bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.


TARIKH BAYARAN BKC

Menerusi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini, ianya akan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula :
  • Bulan Ogos 2021

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bagi bayaran BKC ini belum dipastikan lagi. Tapi, pihak kami jangkakan bayaran pertama akan mula dilaksanakan pada penghujung bulan Ogos ini.


CARA PERMOHONAN

Mengenai cara permohonan bagi Bantuan Khas Covid-19 ini, anda tidak perlu bagi membuat sebarang permohonan kerana, semakan kelayakan dan bayaran akan dilakukan secara automatik berdasarkan data sedia ada seperti :
  • Kategori Miskin Tegar – BPR 2021
  • B40 – BPR 2021
  • M40 – Percukaian (LHDNM) 
Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya mendapat info tambahan mengenainya.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button