RASMI! Panduan Memohon Jawatan Guru Gred DG41 KPM Di MySPP

Bermula hari ini iaitu 7 Julai 2021, orang ramai yang yang ingin mendaftar bagi mengisi kekosongan jawatan guru yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bolehlah berbuat demikian. Pengambilan jawatan ini akan melibatkan 18,702 kekosongan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.

“Pengambilan berskala besar ini akan dilakukan secara one-off dan ianya bertujuan bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru” Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Bagi anda yang berminat dan ingin mendaftar, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi MYSPP iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sebelum kitaIkuti perkongsian di bawah dimana pihak kami akan kongsikan bagaimana cara dan langkah-langkah untuk mendaftar mySPP dan membuat permohonan.

PENDAFTARAN MYSPP

Sekiranya anda belum pernah berdaftar dan ingin mendaftar di mySPP, sila ikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Sila lawati web rasmi SPP iaitu : https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

  2. Klik ‘Daftar Akaun Baharu

  3. Isi Maklumat Anda
    – Pastikan No Kad Pengenalan dan Nama Penuh yang anda masukkan adalah sama seperti di dalam kad pengenalan anda

  4. Klik ‘Daftar

  5. Sekiranya anda telah ‘daftar‘, sila pergi ke ‘Log Masuk
    – Sila masukkan ‘MyID‘ dan ‘kata laluan‘ yang anda telah daftarkan tadi.
Setelah itu, anda bolehlah membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang diiklankan di dalam portal SPP.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41) akan bermula :

  • 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 
Bagi penempatan guru pula, ianya akan berjalan secara berperingkat di sekolah masing-masing dan akan bemula pada :
  • OKTOBER 2021

NEGERI MEMPUNYAI KEKOSONGAN TERTINGGI

Melalui pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41), 4 negeri yang mempunyai kekosongan tertinggi pada tahun ini iaitu :

  • SABAH
  • SARAWAK
  • SELANGOR
  • JOHOR

PENGISIAN BORANG & PERMOHONAN JAWATAN

Sekiranya anda berminat dan ingin membuat permohonan pengambilan khas guru atau jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, berikut adalah panduan dan langkahnya :

  • Setiap  permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui portal rasmi MySPP iaitu : https://myspp.spp.gov.my/myspp/
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan lalu Klik ‘Log Masuk‘ 

  • Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum, dan Maklumat Tambahan

  • Setelah selesai lengkapkan maklumat anda, sila pergi ke JAWATAN DIMOHON. Masukkan jawatan yang anda ingin pohon contohnya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
    *
    Untuk jawatan yang dimohon, maksimum hanya 3 jawatan yang boleh dimohon


  • Berikutnya, anda dikehendaki untuk memilih pusat temuduga / Ujian Khas

  • Klik ‘Simpan‘ setelah anda memilih lokasi anda
  • Anda diminta untuk membuat pengesahan permohonan anda. Saranan kami, sila buat semakan mengenai maklumat yang anda telah isi. Sekiranya maklumat telah lengkap dan betul, sila tanda ‘Saya setuju‘  dan klik butang ‘Hantar‘.

  • Akhir sekali, anda akan mendapat paparan mengenai Slip Perakuan Permohonan Jawatan SPP yang anda telah hantar tadi. Sila cetak sebagai rujukan anda.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Pemohon yang telah berdaftar, sekiranya anda ingin membuat semakan status permohonan anda, ianya boleh dilakukan secara online di pautan :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tentang pendaftaran dan permohonan jawatan SPP, anda boleh menghubungi :

  • Talian Hotline mySPP : 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022

  • Alamat surat-menyurat :
    Aras 1-4, Blok F9,
    Kompleks F, Lebuh Perdana Timur,
    Presint 1, 62000 Putrajaya.

Leave a Comment