Bantuan RM100 Selama 3 Bulan Melalui Program Prihatin Kasih

Sebelum ini melalui pakej PEMERKASA yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar melalui program Prihatin Kasih.

Menerusi program ini, ianya akan memanfaatkan sebanyak 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara di mana penerima yang layak akan mendapat bantuan barangan dapur dan disalurkan secara tanpa tunai melalui penggunaan MyKad sahaja.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah mengenai Program Prihatin Kasih.

PROGRAM PRIHATIN KASIH

Program Prihatin Kasih merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam pelaksanaan pakej bantuan iaitu PEMERKASA sebelum ini.

Ianya bertujuan untuk membantu golongan miskin bandar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menghulurkan bantuang barangan dapur melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) hanya menerusi MyKad.

JENIS BARANGAN DAPUR

Melalui program ini, sekiranya anda layak untuk menerima bantuan ini, antara barangan keperluan asa yang boleh dibeli antaranya seperti :

  • Susu bayi
  • Beras
  • Minyak masak
  • Telur
  • Makanan dalam tin
  • dan sebagainya

Sebanyak 300 rantaian pasar raya dan kedai runcit yang anda boleh kunjungi untuk membeli barangan dapur antaranya :

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Store (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit
  • dan sebagainya

KADAR BANTUAN PRIHATIN KASIH 

Mengenai kadar bantuan program Prihatin Kasih ini pula, mereka yang layak akan mendapat elaun sebanyak :

  • RM100 sebulan (tempoh 3 bulan)
Penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas di kedai-kedai runcit yang berhampiran. 

Sekiranya terdapat baki melalui elaun bulanan yang diberikan, elaun bulanan tersebut boleh dan akan dibawa kebulan berikutnya dan boleh digunakan sehingga akhir tahun.

SEMAKAN STATUS PROGRAM PRIHATIN KASIH

Sekiranya anda ingin membuat semakan untuk mengetahui status kelayakan anda, ianya boleh dilakukan secara online. Ikut langkah-langkah di bawah :

  • Masukkan No Kad Pengenalan anda
  • Isi kod Captcha
  • Status kelayakan anda akan dipaparkan

Leave a Comment