Permohonan Moratorium Automatik Selama 6 Bulan Kini Di Buka!

Menerusi pakej baru yang diumumkan baru-baru ini iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pelbagai inisiatif yang telah dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Antara inisiatif yang hangat di perkatakan ketika ini adalah permohonan pengeluaran RM5,000 i-Citra KWSP. Tidak ketinggalan juga inisiatif seperti Moratorium pinjaman bank begitu di harapkan daripada rakyat Malaysia.

Kerajaan sedia ada begitu komited dalam membantu golongan yang betul-betul terjejas ekoran pandemik Covid-19 melanda negara ketika ini, tambahan pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan terpaksa dilaksanakan, sudah pasti ianya memberi kesan negatif terhadap ekonomi rakyat.

Kerajaan mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 dimana mereka turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga yang terjejas akibat Covid-19.

Oleh itu, untuk kali ini kami akan kongsikan kepada anda salah satu inisiatif yang terkandung dalam pakej PEMULIH iaitu, MORATORIUM Bank. Ikuti perkongsian di bawah.

MORATORIUM PINJAMAN BANK

Sebelum ini melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan dengan pihak bank telah bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran balik pinjaman bank selama :

  • Tempoh Moratorium : 6 bulan

SYARAT KELAYAKAN 

Untuk pengetahuan anda, tiada syarat yang ditetapkan bagi permohonan moratorium kali ini :

  • Tiada lagi dokumentasi
  • Kelulusan secara AUTOMATIK setelah anda membuat permohonan
  • Permohonan dibuka kepada semua peminjam individu sama ada dari golongan B40, M40, dan T20 serta usahawan mikro
  • Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan

PERMOHONAN MORATORIUM

Sekiranya anda ingin membuat permohonan moratorium bayaran balik pinjaman bank ini, ianya telah dibuka bermula :

  • 7 Julai 2021

KELULUSAN SECARA AUTOMATIK

Peminjam yang layak akan mendapat kelulusan secara automatik dan akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS.

KAEDAH PERMOHONAN

Terdapat 2 kaedah bagi anda membuat permohonan moratorium pinjaman bank ini iaitu :

Panggilan Telefon

  • Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda
  • Anda akan disambungkan ke Operator dan mereka akan membimbing anda sepanjang proses permohonan

Borang Web

  • Layari web rasmi bank anda
  • Klik pada borang web
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan

Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Leave a Comment