RASMI! Cara Membuat Permohonan i-Citra Kini Di Buka. MOHON SEKARANG!

Bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini, Kerajaan sentiasa komited dalam membantu dalam menjaga kebajikan dan sentiasa memberi perlindungan kepada mereka yang terjejas.

Baru-baru ini, pakej bantuan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita iaitu, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di mana, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibolehkan untuk membuat permohonan pengeluaran sebanyak RM5,000 melalui i-Citra.

Ikuti perkongsian dibawah mengenai i-Citra.

I-CITRA

i-Citra merupakan kemudahan permohonan bagi mana-mana ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran sehingga RM5,000. Melalui pakej PEMULIH, Tan Sri Muhyiddin memberitahu pelaksanaan program ini dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion dan akan memanfaatkan seramai 12.6 juta ahli KWSP.

Berbeza dengan program sebelum ini iaitu i-Lestari dan i-Sinar, masing-masing menggunakan pengeluaran melalui akaun 2 KWSP, tetapi i-Citra akan menggunakan pengeluaran melalui akaun 1 dan 2. Namun, sebarang pengeluaran adalah tertakluk kepada bagi kedua-dua akaun.

TARIKH PERMOHONAN I-CITRA

Sebelum ini, tarikh permohonan i-Citra akan dibuka pada 15 Julai 2021. Akan tetapi, menerusi website rasmi KWSP, sebarang permohonannya boleh dilakukan pada :

  • Tarikh Buka : 12 Julai 2021 (isnin).
  • Tarikh Tutup : 30 September 2021
  • Tarikh Bayaran : Di Jangka Ogos 2021

Ini bermakna, waktu permohonannya telah diawalkan dua hari dan sudah tentu akan menjadi berita baik buat ahli pencarum KWSP.

CARA MOHON I-CITRA

Bagi anda yang ingin membuat permohonan pengeluaran i-Citra ini, berikut adalah langkah-langkah nya :

  • Sila ke portal rasmi https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan No.Telefon
  • Klik Teruskan dan sahkan identiti dengan masukkan No. OTP atau Soalan Keselamatan
  • Tentukan Amaun Pengeluaran anda. Sila rujuk pada A atau B di sebelah kanan (rujuk gambar)
    A : Skrin akan memaparkan jumlah maksimum Amaun Pengeluaran
    B : Tetapkan Amaun Pilihan dengan menggerakkan penunjuk

  • Klik Teruskan
  • Lengkapkan maklumat anda dan maklumat pembayaran
  • Klik Teruskan
  • Pastikan anda menyemak semula maklumat anda. Sekiranya tiada kesalahan dan sudah lengkap, klik HANTAR

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan i-Citra :

  • Berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan permastautin tetap
  • Jumlah simpanan minimum RM150 dalam akaun KWSP
  • Anggota perkhidmatan awam juga boleh memohon
  • Ahli yang pernah memohon i-Sinar dan i-Lestari tidak terkecuali kelayakan mereka bagi membuat permohonan  i-Citra.

AMAUN PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Berikut adalah jumlah amaun pengeluaran yang dibenarkan :

  • Pengeluaran sehingga maksimum RM5,000
  • Bayaran akan dibuat berperingkat sehinggai 5 bulan
  • Kadar bayaran sebanyak RM1,000 sebulan (tertakluk kepada jumlah baki simpanan)
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Baki simpanan sekurangnya RM100 dalam Akaun 1

1 thought on “RASMI! Cara Membuat Permohonan i-Citra Kini Di Buka. MOHON SEKARANG!”

Leave a Comment