Panduan Kemaskini Nombor Telefon Akaun KWSP Untuk Terima Kod TAC/OTP

Adakah anda salah seorang ahli KWSP yang ingin membuat permohonan i-Citra namun nombor telefon yang anda gunakan untuk mendaftar akaun KWSP sebelum ini sudah tidak aktif? Sudah tentu ianya akan menyukarkan proses permohonan anda kerana setiap urusan akan melibatkan kod “TAC/OTP” akan dihantar melalui SMS ke nombor yang anda telah daftarkan sebelum ini.

Untuk makluman, Individu yang sudah tidak menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atau tidak aktif lagi, anda boleh membuat kemaskini nombor telefon semasa anda bagi memudahkan urusan pengeluaan dan terima TAC/OTP. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk kemaskini nombor telefon.

Ikuti perkongsian di bawah bagaimana cara untuk kemaskini nombor telefon KWSP anda.

KAEDAH KEMASKINI NOMBOR TELEFON KWSP

Sekiranya anda ingin membuat kemaskini nombor telefon, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan :

  • Melalui Kiosk KWSP
  • Melalui Kaunter KWSP

Kemaskini Melalui Kiosk KWSP

  1. Pergi KIOSK KWSP yang berhampiran dengan anda.
  2. Masukkan Kad Pengenalan ke dalam kiosk KWSP
  3. Imbas ibu jari bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari
  4. Pilih pilihan ‘Kemaskini No Telefon Bimbit Untuk TAC’
  5. Sila masukkan nombor telefon semasa anda dan tekan ‘KEMASKINI
  6. Selesai!

Kemaskini Melalui Kaunter KWSP

  1. Buat Janji Temu Online KWSP untuk hadir ke kaunter : https://www.kwsp.gov.my/janjitemu
  2. Sila hadirkan diri ke kaunter KWSP mengikut tarikh dan waktu yang telah ditetapkan
  3. Borang kemaskini maklumat anda pastikan diisi dengan lengkap
  4. Serahkah borang kemaskini ke kaunter
  5. Selesai!

Nota : Bagi ahli KWSP yang ingin memohon pengeluaran i-Citra tetapi nombor telefon yang didaftarkan sebelum ini sudah tidak aktif lagi, anda juga boleh menjawab semua soalan sekuriti dengan portal di web rasmi i-Citra untuk meneruskan urusan permohonan anda. Ianya bertujuan bagi memastikan anda adalah ahli KWSP sebenar.

Leave a Comment