Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB : Bulanan Serendah RM300. MOHON SEKARANG!

Adakah anda belum memiliki rumah sendiri? Rumah yang anda duduki sekarang telah usang? Ataupun, anda mempunyai tanah sendiri tetapi terbiar kerana tidak berkemampuan untuk membina rumah?

Untuk makluman, anda boleh saja selesaikan masalah di atas. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu rakyatnya dalam merealisasikan impian.

Untuk kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk memohon bagi mendapatkan pembiayaan dan pinjaman besar sediakan deposit beli rumah pertama contohnya ataupun membina rumah mampu milik sendiri.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

RUMAH MESRA RAKYAT

Rumah Mesra Rakyat ataupun lebih dikenali singkatannya RMR adalah satu skim bertujuan membantu golongan miskin, berpendapatan rendah dan tidak mempunyai rumah sendiri ataupun tinggal di rumah usang (daif) akan tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarikat Perumahan Negara (SPNB) ada menawarkan skim bagi bantuan ini dimana mereka yang layak boleh membina rumah diatas tanah sendiri. Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan dibawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada setiap pemohon dan keluarga di Malaysia.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Melalui program skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang ditawarkan oleh SPNB ini, terdapat 3 jenis, pelan, rekabentuk, keluasan & saiz ukuran. Rujuk pautan dibawah :

Maklumat & Reka Bentuk RMR

Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300

Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga : RM85,000
  • Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM350

Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah & Sarawak)

  • Harga : RM75,000 – RM106,500
  • Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300 – RM470

SYARAT KELAYAKAN

Sila pastikan syarat kelayakan bagi permohonan anda adalah seperti ketetapan di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak lebih RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak :
    – memiliki rumah sendiri
    – memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan
Nota : 
  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur diantara 18-42 tahun diperlukan
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur diantara 18-38 tahun diperlukan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila pastikan dokumen yang disebutkan dibawah hendaklah lengkap bagi memudahkan proses permohonan pemohon berjalan lancar :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang baru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon 
  • Borang laporan tapak bergambar

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara online dan berikut adalah cara dan langkah-langkahnya :

  1. Pergi ke web rasmi RMR SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Klik ‘Pendaftaran Baru‘ – Sila pastikan borang yang anda isi lengkap dan betul
  3. Selesai mendaftar, anda akan menerima ‘login ID’ dan ‘kata laluan’ baru anda
  4. Sila log masuk ke laman utama (gunakan login ID dan kata laluan yang telah anda dapatkan sebentar tadi)
  5. Sila lengkapkan Borang Online permohonan (isi maklumat dan kedalam sistem)
  6. Sekiranya anda telah selesai mengisi, kami sarankan anda buat semakan sekali lagi agar tiada kesalahan maklumat anda. 
  7. Klik selesai pendaftaran borang dan ‘cetak borang
  8. Bawa segala borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan dokumen yang berkaitan ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan dengan anda
  9. Pihak SPNB akan menilai permohonan anda terlebih dahulu. Sekiranya anda LAYAK, anda akan dimajukan bagi penilaian pinjaman. Sekiraya TIDAK LAYAK, anda akan dimaklumkan juga

Leave a Comment