GKP 4.0 : Cara Membuat Permohonan Baharu Bagi GKP 4.0.

Berdasarkan makluman yang di umumkan oleh Perdana Menteri menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini, jika anda usahawan mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang belum pernah membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini, anda boleh membuat permohonan baharu menerusi Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0).

Menerusi pelaksanaan Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) ini, para usahawan yang layak permohonannya akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000 secara one-off dimana ianya bakal memanfaatkan lebih 1 juta usahawan di seluruh Malaysia yangsi terjejas akibat Pandemik Covid-19.

Oleh itu,pihak kami akan berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk membuat permohonan baharu bagi usahawan yang belum pernah membuat sebarang permohonan Geran Khas Prihatin (GKP). Ikuti perkongsian di bawah.

GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

GKP adalah singkatan ringkas bagi Geran Khas Prihatin. Ianya betujuan untuk memberi bantuan kewangan secara one-off kepada semua PKS mikro yang berkelayakan dan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19 ketika ini melanda negara kita.

Kerajaan begitu prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya kepada para usahawan yang tidak dapat meneruskan dan perniagaan mereka terpaksa dihentikan operasinya. 

Sebelum ini, Kerajaan telah melaksanakan bantuan GKP ini sebanyak 3 Fasa iaitu :

  • GKP 1.0 – RM3,000 (one-off)
  • GKP 2.0 – RM3,000 (one-off)
  • GKP 3.0 – RM1,000 (one-off)

Dalam pelaksanaan Geran Khas Prihatin ini, secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit.

KADAR BAYARAN BANTUAN GKP 4.0

Untuk makluman anda, kadar bayaran bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) ini akan diberikan secara one-off kepada usahawan PKS mikro pada kadar :

  • Kadar Bayaran : RM1,000 (one-off)

CARA PERMOHONAN GKP 4.0

Usahawan yang belum pernah memohon Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini, ini adalah peluang baik anda untuk membuat permohonan baharu menerusi GKP 4.0.
Tiada kenyataan rasmi lagi mengenai bila permohonan baharu GKP 4.0 ini dibuka. Namun, ia dijangka pada pertengahan Julai 2021.
Berikut adalah langkah-langkahnya :

  1. Sila ke web rasmi GKP : https://gkp.hasil.gov.my/ (akan dikemaskini)
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang telah didaftarkan sebelum ini
  3. Ketika masukkan No Kad Pengenalan, pastikan anda tidak sertakan sekali “
  4. Klik ‘Semak
  5. Notis ralat akan dipaparkan sekiranya anda belum pernah membuat permohonan sebelum ini. Contoh ralat “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar
  6. Masukkan No Kad Pengenalan sekali lagi dan klik ‘Cari
  7. Akan keluar paparan : Untuk teruskan proses semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak
  8. Masukkan ‘Captcha‘ sekali lagi
  9. Klik ‘Semak
  10. Klik ‘Permohonan Baru
  11. Paparan borang permohonan GKP 4.0 akan dipaparkan kepada anda
  12. Ada beberapa bahagian penting yang perlu anda isi untuk mohon GKP 4.0 ini seperti : 
    – Maklumat Pemohon
    – Maklumat Entiti Perniagaan
    – Pengesahan
  13. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  14. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah :
    – Jenis Perniagaan
    – Nombor Cukai Pendapatan
    – Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    – Nombor Pendaftaran Syarikat
    – Tarikh Mula Beroperasi
    – Nombor Lesen Perniagaan
    – Alamat Premis Perniagaan
  15. Setelah itu, klik ‘Pengesahan‘ di bahagian atas
  16. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  17. Klik ‘Sahkan Captcha
  18. Kini anda berada di bahagian ‘Akaun Pengesahan
  19. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan, sila tick ruangan berkenaan
  20. Klik ‘Hantar
  21. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 4.0 akan di paparkan.

TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Mengenai tarikh bayaran GKP 4.0 ini pula, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan melalui 2 fasa iaitu pada :

  • Fasa 1 : RM500
    – September 2021

  • Fasa 2 : RM500
    – November 2021

Leave a Comment