Bantuan Kerajaan

Permohonan Bantuan Bakul Makanan Melalui Panggilan Telefon

Selain bantuan yang di sediakan Kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC), peruntukkan sebanyak RM300,000 telah disediakan kepada setiap Ahli Parlimen sebagai tambahan khusus untuk bantuan melalui Program Bakul Makanan.

Mana-mana individu terjejas ekoran pelaksanaan PKP, sekiranya ingin dan memerlukan bantuan menerusi program ini, ianya mudah sahaja untuk memohon.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Bantuan Bakul Makanan ini, ikuti perkongsian di bawah.

PROGRAM BANTUAN BAKUL MAKANAN

Program Bantuan Bakul Makanan ini merupakan salah satu jenis bantuan yang terkandung dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah di umumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.  

Ianya bertujuan untuk memperkasakan semula program Bantuan Bakul Makanan sedia ada bagi memastikan pelaksanaan akan lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara. Objektif utama dalam pelaksanaan program ini  adalah :

  • Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
  • Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia
  • Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat di bantu.

CARA MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN

Melalui Bantuan Bakul Makanan ini, orang ramai yang memerlukannya boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi nombor telefon Pusat Khidmat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

Sila semak senarai nombor telefon bagi semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui pautan dibawah :

Direktori Pusat Khidmat Ahli Parlimen Malaysia

Mohon Bantuan Bakul Makanan JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak ketinggalan dalam pelaksanaan program Bantuan Bakul Makanan ini. Anda juga boleh memohon melaluinya secara online :


Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button