Bantuan Khas OKU Untuk Negeri Selangor Sebanyak RM500
Khas untuk rakyat Selangor. Sekiranya anda diantara golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri Selangor, kini anda boleh memohon bantuan ini dibawah Pakej Kita Selangor 2.0 iaitu Bantuan Khas OKU.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Sari berkata, menerusi bantuan khas ini, sebanyak RM600,000 telah diperuntukkan bagi mensasarkan sebanyak 1200 permohonan yang layak menerima Bantuan Khas OKU ini.
Ikuti perkongsian kami mengenai Bantuan Khas OKU Negeri Selangor ini.
Table of Contents
BANTUAN KHAS OKU
Bantuan Khas OKU ini bertujuan bagi membantu golongan OKU di negeri Selangor yang terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan tetap dan hilang punca pendapatan.
KADAR BANTUAN
Kadar bagi pelaksanaan Bantuan Khas OKU ini adalah :
- RM500.00 (one-off)
TARIKH PERMOHONAN
Sekiranya anda ingin membuat permohonan bagi Bantuan Khas OKU Selangor ini, tempoh permohonan kini telah di buka pada :
- 1 Julai sehingga 31 Julai 2021
SYARAT PERMOHONAN
Beberapa syarat permohonan yang telah di tetapkan bagi menerima Bantuan Khas OKU Selangor ini antaranya :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Maksima pendapatan isi rumah RM3000
- Pemohon merupakan pemegang Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor
- Terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19
- Anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Permastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
LANGKAH MEMOHON
Berikut adalah langkah dan cara untuk membuat permohonan Bantuan Khas OKU ini. Ikut langkah-langkah berikut :
- Sila ke laman web : https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
- Klik butang ‘Permohonan Baru‘
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Sila isi maklumat yang diperlukan
- Setelah selesai, cetak borang permohonan
- Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah di hantar dalam masa 14 hari ke :
Email : [email protected]
Pos : Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Generasi Muda
& Sukan Negeri Selangor, Lot 4,
Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Ketika anda ingin proses penghantaran borang permohonan anda, pastikan dokumen sokongan permohonan anda disertakan sekali. Ianya bertujuan untuk memastikan permohonan anda benar-benar layak dan melancarkan proses permohonan. Dokumen yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah berdaftar di Negeri Selangor
- Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan kerja, dipotong gaji atau berkaitan dengannya)
- Salinan slip gaji terakhir ; atau
- Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap
Nota : Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat - Salinan penyata akaun bank (tertera nama Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)