NADMA : Mohon Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehingga RM1400
Pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini telah menyebabkan banyak sektor-sektor ekonomi di tutup ekoran Kerajaan terpaksa melanjutkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
Bagi membantu mereka yang terjejas pendapatannya, pelbagai kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan bagi menyokong dan mengurangkan beban hidup seharian mereka. Baru-baru ini, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu lagi bantuan baharu bernilai RM150 bilion iaitu, pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Namun, mungkin anda di antara yang “terlupa” atau tidak tahu lagi mengenai bantuan yang bakal kami kongsikan pada kali ini iaitu bantuan NADMA Covid-19 yang boleh anda mohon sekiranya anda layak.
Ikuti perkongsian dibawah ini mengenai bantuan NADMA Covid-19.
Table of Contents
BANTUAN NADMA COVID-19
NADMA merupakan sebuah Agensi Pengurusan Bencana Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang di tugaskan untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana contohnya Covid-19 ini.
Sekiranya anda diantara yang dijangkiti dan kini dalam rawatan pesakit COVID-19, anda layak untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA bergantung kepada kelayakan anda.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN NADMA
Berikut adalah syarat kelayakan bagi menerima bantuan ini iaitu :
- Warganegara Malaysia yang ekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak Covid-19.
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak di bayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded)
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan bagi penerima yang layak adalah :
- RM100
– Sekiranya pesakit tersebut menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Maksimum 14 hari rawatan (RM100 x 14 hari)
- Bayaran One-off
– Bantuan hanya diberikan sekali sahaja dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
PEMOHON TIDAK LAYAK
Untuk makluman, bukan semua pesakit yang layak bagi menerima bantuan ini antaranya :
- Bukan Warganegara
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunya pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded)
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara-cara untum memohon bantuan NADMA Covid-19 :
- Sila muat turun dokumen-dokumen di web rasmi http://www.nadma.gov.my/
– Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
– Surat Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
– Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C)*jika tiada akaun bank - Sekiranya permohonan anda telah lengkap diisi, sila hantar melalui pos ke alamat berikut :
Ketua Pengarah
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bagi menerima bantuan ini :
- Borang permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
- Salinan kad pengenalan (salinan diakui SAH)
- Dokumen KKM (diakui SAH) seperti :
– Salinan Borang Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
– Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 - Borang Akuan kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (dokumen asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun (diakui SAH)
KAEDAH BAYARAN
Bayaran bantuan akan dibayar melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19
Sekiranya anda telah mengemukakan permohonan Bantuan Khas Covid-19 dan ingin membuat semakan status permohonan, anda boleh semak secara online di pautan berikut:
Macamana mahu isi borang