Program Subsidi Upah 4.0 : Bantuan RM600 Kepada Majikan Untuk Pekerja

Program Subsidi Upah merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan untuk setiap pekerja tempatan.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya mereka dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Untuk makluman, Program Subsidi Upah ini telah mula dilaksanakan pada April 2020 dimana ianya telah melalui 3 Fasa bantuan iaitu PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 yang telah memperuntukkan bayaran sebanyak RM15.04 bilion sehingga Mei lalu bagi memanfaatkan sekitar 2.7 juta pekerja.

Terkini, atas dasar respon positif berhubung pelaksanaan program ini, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan dan melaksanakan Program Subsidi Upah 4.0. 

Oleh itu, kali ini pihak kami akan berkongsi kepada anda maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Program Subsidi Upah 4.0. Ikut perkongsian dibawah.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

Melalui program Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, PSU 4.0 bakal dilaksanakan dan diteruskan lagi bagi membantu majikan membayar gaji pekerja tempatan.

Jika sebelum ini, pelaksanaan PSU diisyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000, namun pelaksanaan PSU 4.0 kali ini berbeza dari sebelum nya iaitu :

  • TIADA HAD GAJI DITETAPKAN
  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih daripada RM4,000

KADAR BAYARAN PSU 4.0

Melalui pelaksanaan Program Subsidi Upah 4.0 (PSU4.0) ini, kadar bayaran adalah seperti berikut :
  • 500 pekerja setiap majikan
  • Kadar Bayaran : RM600/pekerja
  • Tempoh Bayaran : 4 Bulan
    – Dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN
    – Dua bulan seterusnya bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti

CARA MOHON PSU 4.0

Melalui program bantuan ini, setiap permohonan hendaklah dimohon oleh majikan itu sendiri. Setiap majikan yang berminat dan ingin membuat permohonan PSU 4.0 ini, sila ikuti langkah berikut :

  • Setiap permohonan hendaklah melalui portal rasmi PERKESO iaitu : https://prihatin.perkeso.gov.my/
  • No. Rujukan akan diberikan sekiranya permohonan yang dilakukan telah lengkap diisi dan No. Rujukan tersebut boleh digunakan untuk membuat semakan status permohonan
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di : https://www.myfuturejobs.gov.my/

Pihak kami akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya ada maklumat terbaru mengenai Program Subsidi Upah 4.0


Leave a Comment