Bantuan Kerajaan

Bantuan Kehilangan Pendapatan Sebanyak RM500 Pada Oktober.

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) merupakan salah satu inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat. Melalui pelaksanaan pakej PEMULIH ini, sebanyak RM10 bilion akan disalurkan secara tunai langsung sehingga hujung tahun ini.

Sebelum ini melalui pelaksanaan Pakej PEMERKASA +, Kerajaan bersetuju akan memberi bayaran tambahan bagi penerima BPR sehingga RM500 dan kini bayaran tersebut telah mula dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi bantuan dibawah Pakej PEMULIH iaitu Bantuan Kehilangan Pekerjaan. Ikuti perkongsian dibawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenainya.

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Perdana Menteri mengumumkan melalui ucapannya, Kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan kepada individu yang layak dan yang hilang hasil pendapatan pada kadar :

  • RM500.00

Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Bantuan ini dijangka akan mula dilaksanakan pada

  • Oktober 2021

KELAYAKAN PEKERJA

Bagi pelaksanaan Bantuan Kehilangan Pendapatan ini, ianya akan disalurkan kepada pekerja :

  • Pekerja kehilangan pendapatan
  • Berdasarkan data KWSP dan PERKESO tahun 2021
Kerajaan sedar dengan kehidupan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat lebih setahun berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini sehinggakan banyak perniagaan terpaksa di tutup, ada yang kehilangan pekerjaan, dan ada juga yang cuti kerja tanpa gaji.

Walaupun berjuta rakyat Malaysia telah menerima manfaat bantuan tunai dari Kerajaan sejak Mac 2020 dan ramai lagi menerima bantuan Kerajaan dalam bentuk yang pelbagai dan faham bantun perlu terus dipertingkat selagi kemelut ini berlanjutan.

Terima Kasih Kerajaan Malaysia!


Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button