Bantuan Khas Covid-19 Sehingga RM1300

Kerajaan kini terpaksa meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara kita. Namun, pelaksanaan PKP kali ini, ianya akan berjalan secara berfasa sehingga fasa ke empat dimana rakyat Malaysia akan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Atas dasar prihatin Kerajaan sedia ada, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan satu lagi pakej bantuan iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Untuk perkongsian kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai antara bantuan yang terkandung dalam pakej bantuan PEMULIH iaitu, Bantuan Khas Covid-19 (BKC)Ikuti perkongsian menyeluruh dibawah.

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Untuk pengetahuan semua, melalui pakej bantuan PEMULIH ini, terdapat 3 fokus utama dalam menjayakannya antara nya ialah :
  • Meneruskan Agenda Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan Vaksinas
Tujuan utama bagi pakej bantuan ini adalah untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat menghadapi kehidupan seharian dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.

KADAR BANTUAN KHAS COVID-19

Dalam ucapan PM semalam, bagi memastikan rakyat mendapat bantuan menyeluruh sehingga akhir tahun 2021, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan segera dilaksanakan dan pada kadar mengikut kategori masing-masing iaitu :

Isi Rumah (Miskin Tegar) – RM1300
  • RM500 (Ogos)
  • RM500 (November)
  • RM300 (Disember)
Bujang (Miskin Tegar) – RM500
  • RM200 (Ogos)
  • RM300 (November)
Isi Rumah (B40) – RM800
  • RM500 (Ogos)
  • RM300 (Disember)
Bujang (B40) – RM200
  • RM200 (Ogos)
Isi Rumah (M40) – RM250
  • RM250 (Ogos)
Bujang (M40) – RM100
  • RM100 (Ogos)
Secara keseluruhan, pemberian khas Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini dijangkakan bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

TARIKH BAYARAN BKC

Menerusi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini, ianya akan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula :
  • Bulan Ogos 2021
CARA PERMOHONAN

Mengenai cara permohonan bagi Bantuan Khas Covid-19 ini, tiada makluman rasmi mengenainya. Pihak kami menjangkakan, kemungkinan bayaran akan dilaksanakan dengan menggunakan data sedia ada yang ada di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sepertimana dalam pelaksanaan BPR tambahan yang sedang dalam tempoh pelaksanaan.

Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya mendapat makluman rasmi mengenainya.

 


Leave a Comment