Permohonan PSU 3.0 Dilanjutkan – RM600 Untuk Setiap Pekerja
Terdahulu, melalui pengumuman khas daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata, permohonan bagi Bantuan Program Subsidi Upah (PSU 3.0) akan dilanjutkan sehingga hujung Jun ini. Perkara ini telah di umumkan ketika beliau memperkenalkan satu pakej bantuan yang dikenali sebagai PERMAI pada Januari lalu.
Walaubagaimanapun, atas dasar prihatin Kerajaan sedia ada dalam membantu rakyatnya khususnya untuk majikan dan pekerja, tempoh bagi Program Subsidi Upah (PSU 3.0) ini akan dilanjutkan.
Untuk makluman, sehingga 30 Mei lalu, PERKESO telahpun meluluskan sebanyak 330,586 permohonan daripada majikan dan memanfaatkan seramai 2.72 juta pekerja dengan jumlah keseluruhan bayaran RM15.04 bilion.
Ikuti perkongsian dibawah ini mengenai Program Subsidi Upah (PSU 3.0).
Table of Contents
PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0
Program Subsidi Upah (PSU) 3.0, yang di kendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah bantuan kewangan yang di bayar kepada majikan setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Program ini bertujuan untuk membantu para majikan yang terjejas pendapatannya akibat wabak Covid-19, bgi memastikan majikan tersebut dapat meneruskan operasi dan mengelakkan daripada pekerja hilang pekerjaan.
TEMPOH PERMOHONAN PSU 3.0 DI LANJUTKAN
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui pengumuman nya, tempoh lanjutan bagi permohonan Program Subsidi Upah (PSU 3.0) ini akan dilanjutkan sehingga :
- Hujung Julai 2021
KADAR BAYARAN PSU 3.0
- RM600 / Pekerja
SYARAT KELAYAKAN MOHON PSU 3.0
- Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021
- Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan
- Tuntutan bantuan PSU ini, para pekerja mestilah bergaji RM4,000 dan ke bawah sahaja
- Majikan mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021
- Permohonan bantuan PSU 3.0 (PERMAI) ini hanya layak kepada perniagaan yang berada di negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji bawah RM4,000 dan waktu bekerja di kurangkan atau penurunan gaji selepas perundingan dengan pekerja terbabit
- Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021
- Majikan dan Pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021
- Majikan atau perniagaan yang bukan beroperasi di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Majikan yang tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pekerja yang telah di gajikan di bawah Program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive)
- Pekerja yang telah di berhentikan kerja
- Bergaji RM4,000 dan ke atas
- Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)
CARA PERMOHONAN ONLINE PSU 3.0
- Pergi web rasmi PERKESO : https://prihatin.perkeso.gov.my/
- Klik ‘Pemohonan & Semakan‘ di bahagian PSU
- Klik butang ‘Permohonan PSU‘
- Pilih negeri dan klik ‘Halaman Seterusnya‘
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
- Muat naik dokumen sokongan yang berkaitan
- Setelah siap, klik ‘Hantar‘
DOKUMEN SOKONGAN
- Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perniagaan)
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
- Maklumat mengenai Nombor Pendaftaran Perniagaan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (rujuk pihak bank dan pastikan no BRN dan no akaun adalah tepat)
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
- Akuan Pengisytiharan PSU 3.0