Cara Mohon Bantuan Skim MySalam Sehingga RM8,000 Untuk Golongan B40
Khas untuk anda sebagai penerima bantuan kerajaan seperti BPR 2021, BPN, atau pun BSH sebelum ini, anda sebenarnya layak untuk menuntut wang sehingga RM8,000 melalui satu program khas yang telah diperkenalkan pada tahun 2019 iaitu MySalam Skim Perlindunan B40.
Mungkin ada di antara anda yang tidak mengetahui mengenai skim ini, oleh itu pihak kami tertarik untuk berkongsi apa manfaat dan kebaikan skim ini yang anda perlu tahu. Ikuti perkongsian di bawah ini.
Table of Contents
MYSALAM
MySalam merupakan salah satu inisiatif dan usaha kerajaan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika masih menjadi Perdana Menteri pada tahun 2019. Melalui skim bantuan ini, kerajaan telah menyediakan perlindungan takaful percuma kepada 3.69 juta penerima yang berumur diantara 18 sehingga 55 tahun beserta pasangan.
Untuk makluman, walaupun anda diantara yang bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, anda masih boleh membuat permohonan dan berdaftar melalui program tersebut.
Melalui program skim MySalam ini, beberapa manfaat yang bakal penerima dapat antaranya :
- Sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital, anda akan menerima bayaran harian (allowances) sebanyak RM50 sehari (Maksimum 14 hari sahaja).
- Sekiranya anda disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal (daripada senarai 45 penyakit kritikal di bawah), anda akan menerima pembayaran one-off sebanyak RM8000.
- Skim ini memberi manfaat pendapatan gantian sekiranya anda sedang menjalani rawatan di hospital.
- Hospital di seluruh Malaysia terlibat bagi memastikan rakyat mendapat bantuan yang diperlukan.an
- Skim ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.
- Semakan tuntutan boleh anda lakukan secara atas talian dengan menggunakan kad pengenalan anda sahaja.
- Skim ini dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad.
- Sila layari web rasmi https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Sila log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda
- Kata laluan akan dihantar melalui SMS
- Sekiranya anda belum berdaftar atau tidak mempunyai akaun MySalam lagi, anda perlu membuat pendaftaran baru sebagai ahli baru
- Setelah log masuk dan membuat pendaftaran baru, klik “download form“
- Sila muat turun borang “Critical Illnes – Doctor’s Statement Form
- Sila lengkapkan borang tersebut dengan maklumat anda yang tepat dan sahih.
- Setelah selesai, serahkan borang anda kepada doktor anda
- Kemudia, log masuk semula ke dalam web rasmi akaun MySalam anda dan klik pada “Claims“
- Klik “Claim Submission” dan klik “Cl Claims“
- Sila isi borang yang disediakan bagi membolehkan anda untuk menerima pembayaran
- Kemudian, sila muat naik beberapa dokumen yang diminta seperti surat pengesahan doktor dan salinan kad pengenalan anda bagi proses pengesahan
- Langkah akhir adalah dengan klik “Submit” dan tunggu bayaran tuntutan anda masuk ke dalam akaun bank.
45 JENIS PENYAKIT KRITIKAL
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Kelecuran Tahap Ketiga
- HIV
- Penyakit Terminal
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan pankreas berulang
- Elefantiasis
- Penyakit lembu gila