10,000 Komputer Riba Bakal Diberikan Kepada Pelajar 2021
Khas untuk pelajar sekolah di negeri Sabah yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia pada tahun ini, Kerajaan Sabah akan mengagihkan 10,000 komputer riba secara percuma yang akan bermula Julai depan.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, pemberian komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dipersetujui oleh jemaah kabinet yang membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta.
Langkah ini diambil bertujuan bagi membantu meringankan beban para pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Table of Contents
TARIKH AGIHAN KOMPUTER RIBA
Menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) ini, tempoh bagi pelaksanaan agihan bantuan komputer riba ini akan berjalan selama 3 bulan dan akan bermula pada :
- 19 Julai sehingga 18 Oktober 2021
SYARAT KELAYAKAN
- Pelajar warganegara berasal dari negeri Sabah.
- Pelajar tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih miskin tegar.
- Satu komputer untuk satu ketua isi rumah (KIR)