Bantuan Khas Kewangan sehingga RM500,000

Terkini, Bantuan Khas Kewangan sehingga RM500,000 akan diberikan kepada penerima vaksin Covid-19 sekiranya penerima tersebut mengalami kesan sampingan serius setelah menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dan penerima vaksin Covid-19 bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap vaksin tersebut. Kita sedia maklum, pendaftaran bagi menerima vaksin ini adalah percuma untuk rakyat Malaysia mahupun warga asing. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.


BANTUAN KHAS KEWANGAN

Kerajaan telah meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 pada kadar seperti berikut :

  • RM50,000
    Jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin Covid-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital
  • RM500,000
    Jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid-19
Sebanyak RM10 juta telah disediakan sebagai dana permulaan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencara Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertujuan bayaran bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 ini.

Melalui bantuan ini, ianya merupakan satu langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan daripada penggunaan vaksin Covid-19 ini akan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin tersebut.


3 JAWATANKUASA DITUBUHKAN

Melalui bantuan khas kewangan ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan 3 jawatankuasa di peringkat Kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin Covid-19. 3 jawatankuasa itu adalah :
  • Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Bagi Pemantaun Vaksin Covid-19
  • Jawatankuasa Teknikal Perubatan
  • Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19

Nota : Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 akan diberikan kepada penerima vaksin terkesan setelah dinilai oleh 3 jawatankuasa yang telah disebutkan tadi yang mana bayaran akan dibuat oleh NADMA kepada penerima vaksin yang terkesan.


Leave a Comment